Thursday 14 April 2011

Kerana Sayangkan Agama

Melihat realiti dunia hari ini menyebabkan aku berfikir, masihkah ada rasa sayang kita pada agama ini?

Teringat kisah ketika saat-saat akhir saidina Umar Al-khattab. Ketika itu, beliau sedang menunaikan solat subuh secara berjemaah lalu saidina Umar ditikam sehingga beliau jatuh pengsan. Selepas suatu ketika saidina Umar kembali sedar, dalam keadaan sakit beliau berkata

"sudahkah ummat Islam telah menunaikan solat subuh..." dan
"adakah orang yang menikam aku tadi dari kalangan orang Islam?"

Seorang khalifah yang sayangkan agama. Bimbangnya saidina Umar akan perihal ummat sehingga lupa tentang sakit yang ditanggung. Risaunya beliau kalau-kalau ada ummat Islam ketika itu yang sudah pun menjadi pengkhianat sehingga sanggup menikam beliau. Kerana sayangkan agama...lupa cerita sakit...kerana sayangkan ummat... lupa tetang diri sendiri.


Lihat lah wanita-wanita muslim di Perancis...
Siapa yang mampu membela..
Siapa yang mampu untuk bangkit menegak hak ummat Islam pada hari ini...

Jika masih ada Khlaifah, bukan setakat menyuarakan pendapat di PBB, atau membuat demostrasi jalanan...
Satu bala tentera akan di hantar demi mempertahankan ummat Islam. Walaupun seorang...

Lihatlah pemimpin yang ada sekarang..
Banyak bangunan yang tegak berdiri di negara masing-masing...
Tegaknya bagunan tanpa tegaknya Agama..
Masing-masing bangga dengan kemajuan
Kemajuan yang hanya dilihat dari padangan dunia
"Ya negara aku maju kerana ada bangunan tertinggi didunia"
"Ya negara aku maju kerana negara aku punyai bangunan cantik"
"Ya negara aku hebat kerana negaraku punyai minyak"
Maruah agama satu per satu dirobek, tanpa dihirau
Identiti bangsa dan jati diri Islam semakin pudar!

Tanyalah pada diri sendiri, masihkah ada kasih dan cinta kita pada agama ini?
Ayuh kita bangkit!
Mulalah dengan diri..lengkapkan diri untuk satu visi dan misi yang besar
Hidup biar beragenda!
Kuatnya agama itu tertegak kerana kuatnya sesuatu bangsa itu kerana Islam



"Melayu Sepakat, Islam Berdaulat"