Saturday 26 November 2011

Hijrah Peristiwa Besar

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...telah masuk kita ke tahun baru hijrah. Bersyukur kita kepada Allah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk melangkah ke tahun baru Islam ini. Memberi peluang kepada kita untuk sekali lagi mengingati suatu peristiwa yang berlaku 1433 tahun dahulu. Satu peristiwa yang sangat besar dalam sejarah Islam. Suatu peristiwa yang menjadi titik tolak kepada suatu perubahan. Perubahan yang mencipta sejarah. Peristiwa yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan adalah peristiwa HIJRAH. Sungguh besar peristiwa ini. begitu juga la besar nya pengajaran yang Allah ingin ajarkan kepada manusia.

Nabi Muhammad s.a.w bersama para sahabat dan ummat Islam bergerak dari Mekah ke Madinah. Menyahut seruan Allah demi menyelamatkan akidah dan agama yang kita cintai ini. Ummat Islam sebelum itu di Mekah diseksa, diejek dan dihina oleh musyrikin mekah kerana hanya beriman kepada Allah dan RasulNya.

"Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan) dan dirikanlah solat serta berikanlah zakat"(An-Nisas':77)
 
Kalau kita fikirkan, Allah boleh sahaja dengan kekuasaan-Nya menjalankan Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah sepertimana Allah gerakkan Baginda dari Masjidil Haram ke Baitul Maqdis di dalam peristiwa Isra' dan Mikraj.Tetapi ditakdirkan Allah peristiwa hijrah ini berlaku sebegitu rupa. Baginda bersama dengan ummat Islam berhijrah hanya dengan berjalan kaki di tengah padang pasir. Jaraknya bukan 5-10 kilometer. Jika sekarang kalau kita menaiki bas dari mekah ke madinah mengambil masa dalam 8 jam. kira-kira 800-900 km jaraknya. Malah Abu Bakar dan Rasulullah mengambil jalan yang sukar ke Madinah bagi mengelak dijejaki musuh. Sudah tentu dari peristiwa yang berlaku itu ada pengajaran yang ingin di ajar oleh Pencipta.
 
 
 
Antara pengajaran yang saya sendiri dapat ambil adalah:
 
  1. Dalam membawa risalah ini kita perlu banyak berkorban. Sebagai mana ummat Islam ketika itu berkorban dalam membawa risalah Islam ini. Berhijrah demi menyelamatkan akidah. Bukan senang jalan yang ditempuh, bukan ringan ujian yang di alami. Terpaksa meniggalkan harta benda, tanah air tercinta demi Allah dan Rasulnya. Begitu juga besarnya pengorbanan dan ujian yang perlu ditempuhi oleh sesiapa yang ingin berhijrah.
  2. Dalam menyelamatkan agama ini juga kita hendaklah merancang dengan strategi yang strategik. sebagai mana perancangan yang begitu rapi oleh Rasulullah sebelum baginda bertolak ke Madinah bersama Abu Bakar.  Waktu, teman seperjalanan dan jalan yang di pilih oleh rasulullah tela dirancang rapi sebelum Rasullah bertolak. Oleh itu kita sebagai ummat Islam yang saya yakin cintakan agama ini perlu la berstrategi untuk membawa risalah ini. Musuh-musuh Islam jugak mempunyai strategi dalam menghadapi Islam. Macam mana kita hendak menghadapi mereka jika kita tidak berstrategi
Itu la serba sedikit pengajaran yang dapat saya kongsikan dari peristiwa hijrah ini. Sudah tentu labih banyak lagi pengajaran yang boeh diambil. cuma ini saja yang saya sempat kongsikan.
 
wassalm..


Wednesday 23 November 2011

Ibrah Kehidupan

Assalamualaikum...

Telah lama lembaran blog ini menyepi..sepi dari peringatan, sepi dari luahan..sepi dari isi nya...lembarannya bukan untuk menarik seramai mungkin pembaca kepada blog ini, jauh sekali untuk hanya mencari publisiti daripada ayat yg tertulis. Bukan mudah untuk menulis, mungkin salah satu kelemahan diri yang sememangnya tak berapa pandai untuk menulis. Tapi mengenangkan visi dan misi yang lebih besar, diri ini harus terus menulis dan menulis..menggunakan segala apa medium yang ada untuk mendekatkan diri ini dan sahabat sekalian kepada Ilahi insyaAllah..

Begitu besar nikmat kehiduan ini untuk kita lupakan. Begitu besar juga erti kehiduan ini yang ingin Allah ajarkan kepada manusia. Allah datangkan agama iaitu Islam dalam kehidupan..bukan untuk menyusahkan tapi untuk meujukkan kasih dan cinta Nya kepada manusia. Bukan sia-sia kita dicipta. Dicipta untuk memenuhi tuntuntan pencipta.

"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun (Al-mulk : 2)"



Maka itu lah kehidupan. Kehidupan untuk menyerahkan diri kepada Allah. Pengabdian total. Namun disana ada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita. Pahit, manis, suka, duka. Peristiwa dimana kadang-kadang kita rasakan ianya kebetulan. Kebetulan yang berlaku hanya untuk menlengkapkan kehidupan. Kebetulan yang berlaku tanpa dirancang. Jika itu kebetulan yang dipahami maka rugilah kita. Kerana dalam kebetulan itu ada ibrahnya, dalam kebetulan itu ada tangan Allah yang menyusunnya, dalam kebetulan itu ada sesuatu yang ingin diajar dan difahamkan oleh seorang insan. Maka, tiadalah istilah kebetulan dalam kehidupan.

"Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada-Nya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada didarat dan dilaut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak dikehtahuinya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)" Al-an'am:59

Oleh itu saya ingin mengajak diri saya sendiri dan sahabat sekalian. Sama-sama kita berhenti seketika untuk memikirkan tentang kehidupan kita sendiri. Meninjau kembali liku-liku kehidupan yang dilalui. tentu ada maksud, ibrah dan erti yang bermakna yang ingin Sang Pencipta ajarkan. kerana itu bukan kebetulan dan kerana itu tarbiyyah datang menemuiku....:)