Saturday 26 November 2011

Hijrah Peristiwa Besar

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...telah masuk kita ke tahun baru hijrah. Bersyukur kita kepada Allah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk melangkah ke tahun baru Islam ini. Memberi peluang kepada kita untuk sekali lagi mengingati suatu peristiwa yang berlaku 1433 tahun dahulu. Satu peristiwa yang sangat besar dalam sejarah Islam. Suatu peristiwa yang menjadi titik tolak kepada suatu perubahan. Perubahan yang mencipta sejarah. Peristiwa yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan adalah peristiwa HIJRAH. Sungguh besar peristiwa ini. begitu juga la besar nya pengajaran yang Allah ingin ajarkan kepada manusia.

Nabi Muhammad s.a.w bersama para sahabat dan ummat Islam bergerak dari Mekah ke Madinah. Menyahut seruan Allah demi menyelamatkan akidah dan agama yang kita cintai ini. Ummat Islam sebelum itu di Mekah diseksa, diejek dan dihina oleh musyrikin mekah kerana hanya beriman kepada Allah dan RasulNya.

"Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan) dan dirikanlah solat serta berikanlah zakat"(An-Nisas':77)
 
Kalau kita fikirkan, Allah boleh sahaja dengan kekuasaan-Nya menjalankan Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah sepertimana Allah gerakkan Baginda dari Masjidil Haram ke Baitul Maqdis di dalam peristiwa Isra' dan Mikraj.Tetapi ditakdirkan Allah peristiwa hijrah ini berlaku sebegitu rupa. Baginda bersama dengan ummat Islam berhijrah hanya dengan berjalan kaki di tengah padang pasir. Jaraknya bukan 5-10 kilometer. Jika sekarang kalau kita menaiki bas dari mekah ke madinah mengambil masa dalam 8 jam. kira-kira 800-900 km jaraknya. Malah Abu Bakar dan Rasulullah mengambil jalan yang sukar ke Madinah bagi mengelak dijejaki musuh. Sudah tentu dari peristiwa yang berlaku itu ada pengajaran yang ingin di ajar oleh Pencipta.
 
 
 
Antara pengajaran yang saya sendiri dapat ambil adalah:
 
  1. Dalam membawa risalah ini kita perlu banyak berkorban. Sebagai mana ummat Islam ketika itu berkorban dalam membawa risalah Islam ini. Berhijrah demi menyelamatkan akidah. Bukan senang jalan yang ditempuh, bukan ringan ujian yang di alami. Terpaksa meniggalkan harta benda, tanah air tercinta demi Allah dan Rasulnya. Begitu juga besarnya pengorbanan dan ujian yang perlu ditempuhi oleh sesiapa yang ingin berhijrah.
  2. Dalam menyelamatkan agama ini juga kita hendaklah merancang dengan strategi yang strategik. sebagai mana perancangan yang begitu rapi oleh Rasulullah sebelum baginda bertolak ke Madinah bersama Abu Bakar.  Waktu, teman seperjalanan dan jalan yang di pilih oleh rasulullah tela dirancang rapi sebelum Rasullah bertolak. Oleh itu kita sebagai ummat Islam yang saya yakin cintakan agama ini perlu la berstrategi untuk membawa risalah ini. Musuh-musuh Islam jugak mempunyai strategi dalam menghadapi Islam. Macam mana kita hendak menghadapi mereka jika kita tidak berstrategi
Itu la serba sedikit pengajaran yang dapat saya kongsikan dari peristiwa hijrah ini. Sudah tentu labih banyak lagi pengajaran yang boeh diambil. cuma ini saja yang saya sempat kongsikan.
 
wassalm..


No comments:

Post a Comment