Friday 29 July 2011

Ramadhan Tanda Kasih Ilahi

Assalamualaikum..


Alhamdullilah...syukur kepada Allah S.W.T kerana sekali lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini..:)


Ramadhan bulan yang penuh dengan barakah, bukan sahaja kerana diwajibkan puasa ke atas ummat Islam didalamnya..tetapi hakikatnya lebih dari itu. Terlalu banyak rahmat dari-Nya...rugilah kita jika kita tidak mengunakan peluang yang dianugerahkan ini sebaik-baiknya. Non-muslim mungkin nampak orang Islam hanya menahan lapar dan dahaga..tapi bagi siapa yang mengetahui hakikat sebenarnya jauh dari itu. Malanglah kita jika kita pun berpikiran seperti itu..so jadikanlah Ramadhan kali ini bermisi..misi yang membawa kita semakin dekat dengan Pencipta, misi untuk mengangkat darjat seorang insan disisi-Nya..dan misi untuk mengejar apa yang ada disisiNya.


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa" (QS. Al Baqarah: 183)


Ya! itu misi kita....diwajibkan ke atas kita ummat Islam berpuasa agar kita bertaqwa. Yang membezakan darjat manusia disisi Allah hanyalah taqwa.


“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah kamu yang paling bertaqwa.” (Al Hujurat: 13)




Allah bagi kita hidup, Allah bagi kita rezeki, Allah jadikan kita Islam!, Allah bagi segala nya kepada kita. Yet, dalam itu pun kita sebagai manusia masih lagi berbuat dosa dan maksiat. Tapi, dengan kasih-Nya diberi lagi kita Ramdhan..dimana didalamnya ada keampunan dari-Nya. Untuk membersihkan jiwa, hati dan diri ini supaya lebih dekat dengan-Nya.


Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
“Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jamaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”


Jadi marilah kita sama-sama berlari mendekati Allah..


Alhamdulillah tahun ni dah masuk tahun ketiga Ramadhan diperantauan. Hati ini tersangatlah rindukan suasana Ramadhan di Malaysia..tapi Ramadhan di bumi Adelaide ini tidak kurangnya. Ditemani sahabat-sahabat seprjuangan...


Dalam kita gembira menyambut Ramadhan..jangan lupa jugak kepada saura kita di Palastin. Sumbanglah apa yang mampu.


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan..mohon maaf jika ada keselahan, terguris hati, terkasar bahasa di sepanjang pengenalan.Moga Ramadhan kali ini lenih baik dari Ramdhan tahun lepas..


"Ahlan wassalam ya Ramadhan"  

Saturday 2 July 2011

Perihal Diri: Tepuk Dada Tanya Iman

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..selesai satu urusan..teruskan pula dengan urusan lain..moga dipermudahkan..:)

Untuk entry kali ini saya ingin membicarakan tentang beberapa perkara yang bermain difikiran, persoalan-persoalan yang selalu terlintas yang saya tercari-cari jawapannya...persoalan-persoalan yang sebenarnya perlu ditanya kepada setiap individu yang mengaku 'aku muslim!'. Yang mana jawapannnya, ada pada diri setiap individu itu sendiri.

Apa ertinya kita sebagai orang yang mengaku sebagai muslim? Apa yang kita cari dalam hidup ini, duit?rumah besar?kereta besar? pujian dari kawan-kawan? nak jadi hebat dengan ikut trend terkini? jadi hebat, macho sebab aku ni geng2 'ganas'?

tanyalah balik diri kita

 Adakah kita ini benar-benar rasa kita Islam sebab kita dilahirkan dalam keluarga Islam dan kita automatic jadi Islam, atau kita benar-benar beriman dan bersyukur kerana ditakdirkan kita Islam dan dengan agama ini kita dapat berada pada jalan yang menuju Allah dan mengejar apa yang ada disisiNya.


Marilah kita renung kembali perihal diri kita ini sebagai hamba yang kerdil. Hamba yang terlalu kerdil, berada ditengah-tengah ummat manusia yang bilangannya berbilion-bilion ramainya. Belum lagi jika dibandingkan dengan alam semesta ini. Betapa kerdilnya kita ni sebagai seorang hamba-Nya. Ditengah-tengah lautan manusia itu kita ni sama sahaja...melainkan kita ini lain dari yang lain (seperti gambarr di atas).So, macam mana nak jadi lain dari yang lain? jawapannya mudah, you please Allah as much as you can. Sebagai mana kita pergi interview, kita nak interviewer tu tahu kita ni hebat, hebat dari kalangan orang-orang yang pergi interview tu. Macam tu la kita nak nilai kita ini disisi Allah..biar rendah di mata manusia, tetapi tinggi disisi Allah. Yang membezakan kita sesama manusia hanyalah taqwa. Persoalannya sejauh mana kita berusaha untuk mendapatkan darjat yang tinggi itu? tepuk dada tanya iman!

kita tengok kisah para sahabat, Saad bin Muaz ketika beliau meniggal dunia,...kerana hebatnya seorang insan ini....tingginya darjat seorang insan ini disisi Allah sehingga bergegar! Arash Allah kerana tamatnya riwayat beliau.(insyaAllah akan diceritakan secara detail dalam siri sahabat)

Saidina Abu Bakar ketika peristiwa isra' dan mikraj yang baru baru sahaja disambut beberapa hari yang lepas. Peristiwa yang sangat significant kepada ummat Islam dan salah satu tujuan berlaku peristiwa itu adalah sebagai penyaringan terakhir untuk ummat islam ketika itu. Siapa yang tak pelik bila mendengar Nabi Muhammad membagitahu tetang peristiwa itu yang mana ketika itu memang tak logik. Pergi ke Masjidil Aqsa dalam satu malam. Bukan pergi Masjidil Aqsa sahaja, tapi naik ke langit lagi. Seolah-olah orang membagitahu dia pergi ke bulan semalam dan balik pada pagi tadi pada zaman ini. Anda Percaya!..berapa ramai orang murtad ketika peristiwa itu..tapi apabila diceritakan kepada saidina Abu Bakar, apa saidina Abu Bakar kata "adakah itu sahaja yang Muhammad ceritakan?"...aku percaya!. Kenapa saidina Abu Bakar dengan yakinnya berkata begitu? sebab tingginya keimanan Saidina Abu Bakar, jernihnya akidah beliau sebagai seorang yang mengaku Islam. Apa Saidina Abu Bakar kata..Muahammad ceritakan kepada kami lebih lagi daripada itu tentang Islam. Kami diceritakan hal syurga dan neraka! yang mana kami tak tahu pun macam mana rupa syurga dan neraka ni, cuma mendengar dari mulut Nabi Muhammad jer..dan aku percaya..

Nah! alasan apa lagi kita nak cari untuk kita duduk bersahaja, berpeluk tubuh, bergoyang kaki  melihat musuh-musuh Islam tengah sibuk meyusun strategi untuk memusnahkan Islam. Dalam keadaan ummat yang tenat. jadilah orang hebat! contohi lah perjuangan Nabi Muhammad dan para sahabat. Berjuanglah untuk Islam untuk mencapai redha Ilahi..Jadikan kewujudanmu itu satu significant di atas muka bumi ini. 

"jika kamu itu tak membawa apa-apa perubahan di bumi ini, kamu itu hanyalah bahan tambahan sahaja kepada buni ini"


Allah berfirman:

"Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah (bekerja) kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.(At-Taubah:105)


Soalnya Adakah kita nak berkerja untuk agama ini sekadar yang kita mampu? Tanya balik diri kita..
Adakah selama ini kita ni berkerja untuk agama sekadar yang kita mampu, atau kita bekerja sekadar apa yang kita nak buat?..menjadikan alasan 'sekadar yang kita mampu' itu alasan untuk kita bermalas-malasan, mencari masa lapang untuk kita memenuhi kemahuan sendiri...tepuk dada tanya iman! Terutama untuk para daie

kata Iman Hassan Al-Banna
"kalaulah kita tahu (megerti) amanah yang diamanahkan dibahu kita oleh ummat ini, maka kita takkan mengiraukan perkara-perkara remeh"

Kita tengok kisah sahabat..Kaab bin Malik ketika perang takbuk. Kaab bin Malik adalah antara orang yang tidak meyertai perang tabuk. Apa hukuman yang dikenakan kepada berliau, beliau di pulaukan bersama dua orang sahabat yang lain, Dipulau oleh semua sahabat-sahabat yang lain sehinggakan isteri beliau di perintahkah mengasingkan tempat tidurnya. Kenapa hukuman sebegini di kenakan kepada Kaab bin Malik? Kaab bukan tak pergi perang sebab dia nak berkerja untuk Islam 'sekadar yang dia mampu' tetapi dia cuma terlewat untuk berkumpul untuk bertolak ke tabuk. Ketika beliau sampai tentera Islam sudah pun bertolak. Beratnya ujian yang dihadapi oleh sahabat ini sehinggakan beliau menerima surat dari raja parsi yang menawarkan ganjaran kepada beliau untuk menjadi 'spy' kepada parsi. Apa Kaab buat, beliau koyak surat itu dan berkata, "cukuplah bagiku fitnah ini". Kaab bersama 2 lagi sahabat terus bertaubat sehingga turun ayat dalam surah At-Taubah yang menyatakan taubat mereka di terima Allah. Selepas para sahabat mendengar ayat ini dari Rasulullah, semua sahabat berlari-lari sambil bercucuran air mata mencari Kaab bin Malik.

Hebat! para sahabat berjuang bersama Islam..hebat para sahabat megejar redha dan syurga Allah. Sahabat dan Nabi Muhammad perang, berhijrah yang jaraknya beratus-ratus batu, dipulau, dipukul sampai berdarah. Saya tak rasa para sahabat sanggup menghadapi semua itu kalau mereka berjuang sekadar yang mereka mampu. Dalam hebat-hebat itu pun hanya 10 sahabat sahaja yang dijanjikan syurga dan Kaab bin Malik bukan diantaranya. 
Nah! apa lagi alasan untuk kita mengatakan berkerjalah untuk agama 'sekadar yang kita mampu'.

Ada pun orang-orang yang futur dalam perjuangan agama bukanlah disebabkan kuatnya mereka bekerja sebelum ini dan akhirnya futur kerana letih bekerja. Tetapi berlakunya nya futur itu kerena keyankinan dan keimanan yang kurang semasa mereka berjuang. Kurang jelas kenapa perlunya bekerja keras untuk agama, kurang jelas kenapa perlu berdakwah untuk membaiki ummat yang tengah tenat ni dan akhirnya tersunggul kerana berpusing ditempat yang sama. Langkah harus ke sepan! Tepuk dada tanya iman!

Adalah entri ini lebih lagi nasihat untuk diri sendiri. sama-sama kita mengambil pengajaran, Ilmu bukan banyak, cuma menulis atas apa yang ada pada diri ini. kalau ada salah dan silap dalam penulisan harap dapat di tegur. Sama-samalah kita nasihat menasihati, tepuk dada tanya iman...

wassalam...