Friday 23 December 2011

Dulu Lain, Sekarang Lain

Assalamualaikum...semoga kita sentiasa dibawah limpahan rahmat Allah s.w.t

Tanggal 16 December 2011 yang lalu, secara rasminya tinggal saya sorang lagi yang masih bujang dalam keluarga.. Kakak yang paling last yang saya ada dalam family sudah pun mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan hati. Masih belum terlambat saya rasa untuk mengucapkan selamat pengantin baru. Barakallahu lakuma wabarakah, alaikuma waljamaah bainakuma fi khair..moga berbahagia dan diberkati di atas hubungan yang terjalin. Tak lupa juga pada rakan-rakan yang lain yang bakal berkahwin atau baru saja selesai akad nikah.

Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menghulurkan tangan membantu apa yang mampu untuk menjayakan majlis perkahwinan kakak saya. Risau jugak dulu kalau majlis ini dibuat semasa saya di Australia, sebab memandangkan keadaan mak yang meningkat usia. Nak handle majlis ni bukan senang, memerlukan banyak tenaga, di tambah pulak mak memang tak suka ambik catering, lebih suka masak sendiri baru puas hati kata nya. 

Termasuk majlis perkahwinan kakak ni, dah kira 5 majlis perkahwinan dah yang pernah di buat oleh keluarga saya. Maklumlah anak last..hari tu masa dok sibuk-sibuk merewang, potong daging, sayur, beli barang dan sebagainya...tiba terlintas dalam fikiran saya tentang satu pekara. Dulu masa majlis 3 adik beradik yang awal saya masih budak-budak...lagi.kalau masa merewang tu, berlari sana..berlari sini..curi2 ambik ayam goreng..tengok orang potong sayur, masak gulai,basuh kuali,kena kejar dengan makcik sbb curi2 ambik ayam goreng, orang suruh ambik kaki ayam jer diambik nya isi. Bila diingat kelakar pulak rasa. Tapi sekararng semuanya dah berubah.

Dulu kalau abang yang pergi ambik daging lembu, sekarang saya pulak yang kena ambik. Dulu kalau pak cik-pak cik jer yang potong daging, sekarang saya ada sekali. Dulu kalau Kak Yah (jiran) yang goreng ayam, sekarang saya pulak yang goreng. Dulu kalau pak cik yang top up kan lauk dalam tray makanan, sekarang saya yang tolong top up kan. Kalau dulu mak sorang jer basuh periuk belanga, sekarang saya pulak yang tolong basuhkan.Kalau dulu mak sorang jer yang coordinate semua benda, sekarang pendapat saya diambil kira.

Pelamin untuk singgahan sebentar pengantin semasa majlis

Hakikatnya suasa berubah, keadaan berubah, tanggungjawab berubah. Makin bertambah usia semakin bertambah tanggungjawab. Cara pikir harus berubah dari 10 tahun yang lalu. Kalau dulu tanggungjawab-tanggungjawab ini di pikul oleh abang dan kakak saya, kini ia terletak pula dibahu saya pulak.

Begitulah juga saya dan belia yang lain sebagai generasi muda Islam hari ini.. Masa dah berubah, kalau dulu generasi muda yang ada hari ini adalah anak-anak kecil  yang hanya pandai bermain. Memerhati apa yang berlaku sahaja. Tidak mengambil berat tentang apa yang berlaku di sekelilingya, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. hanya hidup di dunia mereka sendiri. Tapi hari ini, anak-anak kecil tadi lah para belia. Para pemuda yang menjadi harapan untuk menyelamatkan umat yang sedang tenat ini.Ini realiti yang saya perlu hadapi! apa yang saya terlintas ketika itu adalah bukan masanya lagi untuk saya bermain-main. Risalah yang hebat ini memerlukan orang yang hebat untuk memikulnya. Usah terperangkap dengan agenda musuh. hanyut dengan dunia. Tanggungjwab saya makin besar. Bukan hanya pada family, malah masyarakat, negara. Tak perlu lah lagi saya bazirkan keringat memerah otak untuk memikirkan tentang perkara yang remeh-temeh kerana di depan sana ada matlamat yang jauh lebih besar yang saya perlu pikirkan untuk saya capai.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… "(Surah At-Taubah : 111)


"Aku telah hidup di bawah bayangan Al Quran dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita2 penduduk2 dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja2 jahiliyah itu berbangga2 dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita2 kanak2 sama spt pandangan seorang tua kepada mainan kanak2, percubaan kanak2 dan keteloran lidah kanak2. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang?"(Muqaddimah Fi Zilal, Syed Qtub)

Ya Syabbab! usah lagi bazirkan masa dengan gejala sosial. bazirkan masa untuk berfoya-foya. habiskan masa dengan melepak, merempit, dadah dan sebagainya. Marilah kita sama-sama habiskan masa kita untuk membina jati diri Islam. Memikirkan tentang agenda kehidupan. Merencana kehidupan ini sebaik-naiknya agar keberadaan kita disini memberi makna. Menyediakan diri kita ini sebaiknya untuk meghadapi segala rintangan dan cabaran yang ada untuk menegakkan risalah Islam ini kembali.

"MEMBANGUNKAN UMAT BERAGENDA"

Thursday 22 December 2011

Hidup Biar Beragenda

Assalamualaikum...

Sudah hapir sebulan di Malaysia sejak pulang dari Australia untuk cuti summer. Banyak perkara berlaku. Teringat masa mula-mula sampai dulu. Di sambut oleh ahli keluarga. Hampir semua menunggu di pintu ketibaan di Lampangan Terbang Sultan Mahmud. Sebaik saja keluar dari balai ketibaan, Pak Su..!! jerit anak-anak buah, berlari mendapatkan saya. Rindu agaknya sabab lama tak jumpa. Lenguh nak melayan sorang-sorang..maklumlah dah 14 orang dah anak saudara. Pantang duduk je,semua serbu, sorang atas peha kanan, sorang atas peha kiri, sorang panjat belakang, sorang dok berkepit kat tangan kanan, sorang dok berkepit belah kiri...pastu mula la bukak cerita..cerita tu la, cerita ni la....pernah sekali dok sembang2 dengan sorang anak sedara ni, nama dia nur iman..baru darjah 2.

saya "Periksa dapat no brapa hari tu iman?"
iman "no 8.."
saya "no 8?? bila nak dapat no 1 nye"
iman"tak tahu? hehe.."
 Kakak saya pun menyampuk (mak kepada iman)
kakak "ho, dapat no 8, lepas tu kena buang ketua kelas"
saya "hah? keno buang? dok macho r iman...dulu kata iman hebat"
iman"biar la!.."
saya "mane boleh mcm tu, kena belajar rajin-rajin, lepas tu boleh belajar kat Australia mcm paksu. Kena jadi budok baik..dengar kata ummi...dengar kata ayah..."
iman "Biar ler...(sambil buat muka annnoying)..dapat apa kalau dengar kata ummi, dapat apa kalau jadi budak baik..ha".
saya "dapat pahala la...iman tahu pahala dgn dosa kan..kalau dengar ckp ummi dapat pahala...kalau degil dapat dosa.."
dia terdiam, dan wajahnya berubah...macam tengah berfikir...seseolah seperti pertama kali ada orang yang berbicara dengan nya tentang pahala dan dosa..biasanya dia akan 'menjawab'
selepas beberapa ketika, dia hanya membalas dengan senyuman.


Peristiwa ini menyebabkan saya terfikir...secara umumnya,seriuskan kita dalam mendidik? adakah kita mempunyai agenda dalam merencana kehidupan? ataupun kita hanya ingin membesarkan anak-anak seperti biasa..mengikut arus perdana tanpa mempunyai perancangan yang rapi....tidak kira lah anak sendiri ataupun dalam kes ini anak saudara. Melihat kejayaan anak-anak apabila mereka dapat masuk ke university dan kemudian mendapat pekerjayaan yang bagus..menjadi lawyer, dokter, jurutera, dan sebagainya. 

Apa yang saya ingin ketengahkan disini bukanlah cerita ini.tapi tentang sesuatu perkara yang dipanggil agenda. kita haruslah mempunyai agenda dalam hidup. Agenda yang mana boleh membentuk kehidupan kita...mempengaruhi setiap keputusan yang diambil..memberi kesan kepada setiap perancangan yang dibuat..mengubah cara kehidupan seharian. Seperti situasi yang saya ceritakan, mungkin Iman sudah pun belajar tentang pahala dan dosa secara teorinya..tapi jika diasuh dalam bentuk praktikal dan agenda yang jelas ,ianya akan memberi kesan yang lebih mendalam. Seperti didalam kisah ini, bila Iman di beritahu tetang balasan pahala dan dosa dalam keadaan dia sendiri mencari apa yang Iman dapat apabila menjadi budak baik. Ini menyebabkan dia berfikir, dan bukannya buat sesuatu kerana dimarahi oleh ibu dan sebab yang lain.Mungkin ini boleh menyebabkan dia lebih memahami konsep pahala dan dosa. Membuat keputusan bukan lagi diatas dasara kena marah atau tak kena marah tetapi atas dasar pahala dan dosa. Mungkin Iman hanya berusia 8 tahun, tetapi dengan didikan seperti ini, kita akan membentuk satu cara fikir untuk Iman membuat sesuatu jeputusan..Dan ini boleh dijadikan contoh dalam kita merencana agenda untuk menjadikan anak-anak yang soleh. megenal erti pahala dan dosa.

Bayangkan agenda seperti ini tiada dalam benak pemikiran kita?Mungkin kita nak anak-anak menjadi baik, mendengar kata tapi bila anak-anak degil, buat salah mereka ditengking, di rotan dan sebagainya. Tanpa membentuk mereka dengan ajaran yag betul, anak-anak mungkin akan dengar kata sekali dua, tapi selepas tiap-tiap hari ditengking..mungkin mereka sudah bosan dan ini akan akan memberi kesan dalam pembesaran mereka. Salah satu contoh yang ketara yang saya lihat dari pengamatan saya ialah ibu bapa sentiasa menyuruh anak-anak solat, tapi ibu bapa sendiri masih tidak solat.

Ini salah satu contoh bagaimana agenda itu dapat merencana kehidupan kita. Saya mungkin tidak ada anak lagi..tapi saya menulis atas pengamatan saya sendiri. Ini mungkin berlaku dalam keluarga saya, tetapi saya percaya perkara yang sama banyak berlaku dalam masyarakat. Jadi ayuh, rencanakan agenda dalam kehidupan anda.

"MEMBANGUN UMMAT BERAGENDA"










 











Saturday 26 November 2011

Hijrah Peristiwa Besar

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...telah masuk kita ke tahun baru hijrah. Bersyukur kita kepada Allah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk melangkah ke tahun baru Islam ini. Memberi peluang kepada kita untuk sekali lagi mengingati suatu peristiwa yang berlaku 1433 tahun dahulu. Satu peristiwa yang sangat besar dalam sejarah Islam. Suatu peristiwa yang menjadi titik tolak kepada suatu perubahan. Perubahan yang mencipta sejarah. Peristiwa yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan adalah peristiwa HIJRAH. Sungguh besar peristiwa ini. begitu juga la besar nya pengajaran yang Allah ingin ajarkan kepada manusia.

Nabi Muhammad s.a.w bersama para sahabat dan ummat Islam bergerak dari Mekah ke Madinah. Menyahut seruan Allah demi menyelamatkan akidah dan agama yang kita cintai ini. Ummat Islam sebelum itu di Mekah diseksa, diejek dan dihina oleh musyrikin mekah kerana hanya beriman kepada Allah dan RasulNya.

"Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan) dan dirikanlah solat serta berikanlah zakat"(An-Nisas':77)
 
Kalau kita fikirkan, Allah boleh sahaja dengan kekuasaan-Nya menjalankan Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah sepertimana Allah gerakkan Baginda dari Masjidil Haram ke Baitul Maqdis di dalam peristiwa Isra' dan Mikraj.Tetapi ditakdirkan Allah peristiwa hijrah ini berlaku sebegitu rupa. Baginda bersama dengan ummat Islam berhijrah hanya dengan berjalan kaki di tengah padang pasir. Jaraknya bukan 5-10 kilometer. Jika sekarang kalau kita menaiki bas dari mekah ke madinah mengambil masa dalam 8 jam. kira-kira 800-900 km jaraknya. Malah Abu Bakar dan Rasulullah mengambil jalan yang sukar ke Madinah bagi mengelak dijejaki musuh. Sudah tentu dari peristiwa yang berlaku itu ada pengajaran yang ingin di ajar oleh Pencipta.
 
 
 
Antara pengajaran yang saya sendiri dapat ambil adalah:
 
  1. Dalam membawa risalah ini kita perlu banyak berkorban. Sebagai mana ummat Islam ketika itu berkorban dalam membawa risalah Islam ini. Berhijrah demi menyelamatkan akidah. Bukan senang jalan yang ditempuh, bukan ringan ujian yang di alami. Terpaksa meniggalkan harta benda, tanah air tercinta demi Allah dan Rasulnya. Begitu juga besarnya pengorbanan dan ujian yang perlu ditempuhi oleh sesiapa yang ingin berhijrah.
  2. Dalam menyelamatkan agama ini juga kita hendaklah merancang dengan strategi yang strategik. sebagai mana perancangan yang begitu rapi oleh Rasulullah sebelum baginda bertolak ke Madinah bersama Abu Bakar.  Waktu, teman seperjalanan dan jalan yang di pilih oleh rasulullah tela dirancang rapi sebelum Rasullah bertolak. Oleh itu kita sebagai ummat Islam yang saya yakin cintakan agama ini perlu la berstrategi untuk membawa risalah ini. Musuh-musuh Islam jugak mempunyai strategi dalam menghadapi Islam. Macam mana kita hendak menghadapi mereka jika kita tidak berstrategi
Itu la serba sedikit pengajaran yang dapat saya kongsikan dari peristiwa hijrah ini. Sudah tentu labih banyak lagi pengajaran yang boeh diambil. cuma ini saja yang saya sempat kongsikan.
 
wassalm..


Wednesday 23 November 2011

Ibrah Kehidupan

Assalamualaikum...

Telah lama lembaran blog ini menyepi..sepi dari peringatan, sepi dari luahan..sepi dari isi nya...lembarannya bukan untuk menarik seramai mungkin pembaca kepada blog ini, jauh sekali untuk hanya mencari publisiti daripada ayat yg tertulis. Bukan mudah untuk menulis, mungkin salah satu kelemahan diri yang sememangnya tak berapa pandai untuk menulis. Tapi mengenangkan visi dan misi yang lebih besar, diri ini harus terus menulis dan menulis..menggunakan segala apa medium yang ada untuk mendekatkan diri ini dan sahabat sekalian kepada Ilahi insyaAllah..

Begitu besar nikmat kehiduan ini untuk kita lupakan. Begitu besar juga erti kehiduan ini yang ingin Allah ajarkan kepada manusia. Allah datangkan agama iaitu Islam dalam kehidupan..bukan untuk menyusahkan tapi untuk meujukkan kasih dan cinta Nya kepada manusia. Bukan sia-sia kita dicipta. Dicipta untuk memenuhi tuntuntan pencipta.

"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun (Al-mulk : 2)"



Maka itu lah kehidupan. Kehidupan untuk menyerahkan diri kepada Allah. Pengabdian total. Namun disana ada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita. Pahit, manis, suka, duka. Peristiwa dimana kadang-kadang kita rasakan ianya kebetulan. Kebetulan yang berlaku hanya untuk menlengkapkan kehidupan. Kebetulan yang berlaku tanpa dirancang. Jika itu kebetulan yang dipahami maka rugilah kita. Kerana dalam kebetulan itu ada ibrahnya, dalam kebetulan itu ada tangan Allah yang menyusunnya, dalam kebetulan itu ada sesuatu yang ingin diajar dan difahamkan oleh seorang insan. Maka, tiadalah istilah kebetulan dalam kehidupan.

"Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada-Nya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada didarat dan dilaut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak dikehtahuinya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)" Al-an'am:59

Oleh itu saya ingin mengajak diri saya sendiri dan sahabat sekalian. Sama-sama kita berhenti seketika untuk memikirkan tentang kehidupan kita sendiri. Meninjau kembali liku-liku kehidupan yang dilalui. tentu ada maksud, ibrah dan erti yang bermakna yang ingin Sang Pencipta ajarkan. kerana itu bukan kebetulan dan kerana itu tarbiyyah datang menemuiku....:)




 
 



Friday 29 July 2011

Ramadhan Tanda Kasih Ilahi

Assalamualaikum..


Alhamdullilah...syukur kepada Allah S.W.T kerana sekali lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini..:)


Ramadhan bulan yang penuh dengan barakah, bukan sahaja kerana diwajibkan puasa ke atas ummat Islam didalamnya..tetapi hakikatnya lebih dari itu. Terlalu banyak rahmat dari-Nya...rugilah kita jika kita tidak mengunakan peluang yang dianugerahkan ini sebaik-baiknya. Non-muslim mungkin nampak orang Islam hanya menahan lapar dan dahaga..tapi bagi siapa yang mengetahui hakikat sebenarnya jauh dari itu. Malanglah kita jika kita pun berpikiran seperti itu..so jadikanlah Ramadhan kali ini bermisi..misi yang membawa kita semakin dekat dengan Pencipta, misi untuk mengangkat darjat seorang insan disisi-Nya..dan misi untuk mengejar apa yang ada disisiNya.


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa" (QS. Al Baqarah: 183)


Ya! itu misi kita....diwajibkan ke atas kita ummat Islam berpuasa agar kita bertaqwa. Yang membezakan darjat manusia disisi Allah hanyalah taqwa.


“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah kamu yang paling bertaqwa.” (Al Hujurat: 13)




Allah bagi kita hidup, Allah bagi kita rezeki, Allah jadikan kita Islam!, Allah bagi segala nya kepada kita. Yet, dalam itu pun kita sebagai manusia masih lagi berbuat dosa dan maksiat. Tapi, dengan kasih-Nya diberi lagi kita Ramdhan..dimana didalamnya ada keampunan dari-Nya. Untuk membersihkan jiwa, hati dan diri ini supaya lebih dekat dengan-Nya.


Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
“Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jamaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”


Jadi marilah kita sama-sama berlari mendekati Allah..


Alhamdulillah tahun ni dah masuk tahun ketiga Ramadhan diperantauan. Hati ini tersangatlah rindukan suasana Ramadhan di Malaysia..tapi Ramadhan di bumi Adelaide ini tidak kurangnya. Ditemani sahabat-sahabat seprjuangan...


Dalam kita gembira menyambut Ramadhan..jangan lupa jugak kepada saura kita di Palastin. Sumbanglah apa yang mampu.


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan..mohon maaf jika ada keselahan, terguris hati, terkasar bahasa di sepanjang pengenalan.Moga Ramadhan kali ini lenih baik dari Ramdhan tahun lepas..


"Ahlan wassalam ya Ramadhan"  

Saturday 2 July 2011

Perihal Diri: Tepuk Dada Tanya Iman

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..selesai satu urusan..teruskan pula dengan urusan lain..moga dipermudahkan..:)

Untuk entry kali ini saya ingin membicarakan tentang beberapa perkara yang bermain difikiran, persoalan-persoalan yang selalu terlintas yang saya tercari-cari jawapannya...persoalan-persoalan yang sebenarnya perlu ditanya kepada setiap individu yang mengaku 'aku muslim!'. Yang mana jawapannnya, ada pada diri setiap individu itu sendiri.

Apa ertinya kita sebagai orang yang mengaku sebagai muslim? Apa yang kita cari dalam hidup ini, duit?rumah besar?kereta besar? pujian dari kawan-kawan? nak jadi hebat dengan ikut trend terkini? jadi hebat, macho sebab aku ni geng2 'ganas'?

tanyalah balik diri kita

 Adakah kita ini benar-benar rasa kita Islam sebab kita dilahirkan dalam keluarga Islam dan kita automatic jadi Islam, atau kita benar-benar beriman dan bersyukur kerana ditakdirkan kita Islam dan dengan agama ini kita dapat berada pada jalan yang menuju Allah dan mengejar apa yang ada disisiNya.


Marilah kita renung kembali perihal diri kita ini sebagai hamba yang kerdil. Hamba yang terlalu kerdil, berada ditengah-tengah ummat manusia yang bilangannya berbilion-bilion ramainya. Belum lagi jika dibandingkan dengan alam semesta ini. Betapa kerdilnya kita ni sebagai seorang hamba-Nya. Ditengah-tengah lautan manusia itu kita ni sama sahaja...melainkan kita ini lain dari yang lain (seperti gambarr di atas).So, macam mana nak jadi lain dari yang lain? jawapannya mudah, you please Allah as much as you can. Sebagai mana kita pergi interview, kita nak interviewer tu tahu kita ni hebat, hebat dari kalangan orang-orang yang pergi interview tu. Macam tu la kita nak nilai kita ini disisi Allah..biar rendah di mata manusia, tetapi tinggi disisi Allah. Yang membezakan kita sesama manusia hanyalah taqwa. Persoalannya sejauh mana kita berusaha untuk mendapatkan darjat yang tinggi itu? tepuk dada tanya iman!

kita tengok kisah para sahabat, Saad bin Muaz ketika beliau meniggal dunia,...kerana hebatnya seorang insan ini....tingginya darjat seorang insan ini disisi Allah sehingga bergegar! Arash Allah kerana tamatnya riwayat beliau.(insyaAllah akan diceritakan secara detail dalam siri sahabat)

Saidina Abu Bakar ketika peristiwa isra' dan mikraj yang baru baru sahaja disambut beberapa hari yang lepas. Peristiwa yang sangat significant kepada ummat Islam dan salah satu tujuan berlaku peristiwa itu adalah sebagai penyaringan terakhir untuk ummat islam ketika itu. Siapa yang tak pelik bila mendengar Nabi Muhammad membagitahu tetang peristiwa itu yang mana ketika itu memang tak logik. Pergi ke Masjidil Aqsa dalam satu malam. Bukan pergi Masjidil Aqsa sahaja, tapi naik ke langit lagi. Seolah-olah orang membagitahu dia pergi ke bulan semalam dan balik pada pagi tadi pada zaman ini. Anda Percaya!..berapa ramai orang murtad ketika peristiwa itu..tapi apabila diceritakan kepada saidina Abu Bakar, apa saidina Abu Bakar kata "adakah itu sahaja yang Muhammad ceritakan?"...aku percaya!. Kenapa saidina Abu Bakar dengan yakinnya berkata begitu? sebab tingginya keimanan Saidina Abu Bakar, jernihnya akidah beliau sebagai seorang yang mengaku Islam. Apa Saidina Abu Bakar kata..Muahammad ceritakan kepada kami lebih lagi daripada itu tentang Islam. Kami diceritakan hal syurga dan neraka! yang mana kami tak tahu pun macam mana rupa syurga dan neraka ni, cuma mendengar dari mulut Nabi Muhammad jer..dan aku percaya..

Nah! alasan apa lagi kita nak cari untuk kita duduk bersahaja, berpeluk tubuh, bergoyang kaki  melihat musuh-musuh Islam tengah sibuk meyusun strategi untuk memusnahkan Islam. Dalam keadaan ummat yang tenat. jadilah orang hebat! contohi lah perjuangan Nabi Muhammad dan para sahabat. Berjuanglah untuk Islam untuk mencapai redha Ilahi..Jadikan kewujudanmu itu satu significant di atas muka bumi ini. 

"jika kamu itu tak membawa apa-apa perubahan di bumi ini, kamu itu hanyalah bahan tambahan sahaja kepada buni ini"


Allah berfirman:

"Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah (bekerja) kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.(At-Taubah:105)


Soalnya Adakah kita nak berkerja untuk agama ini sekadar yang kita mampu? Tanya balik diri kita..
Adakah selama ini kita ni berkerja untuk agama sekadar yang kita mampu, atau kita bekerja sekadar apa yang kita nak buat?..menjadikan alasan 'sekadar yang kita mampu' itu alasan untuk kita bermalas-malasan, mencari masa lapang untuk kita memenuhi kemahuan sendiri...tepuk dada tanya iman! Terutama untuk para daie

kata Iman Hassan Al-Banna
"kalaulah kita tahu (megerti) amanah yang diamanahkan dibahu kita oleh ummat ini, maka kita takkan mengiraukan perkara-perkara remeh"

Kita tengok kisah sahabat..Kaab bin Malik ketika perang takbuk. Kaab bin Malik adalah antara orang yang tidak meyertai perang tabuk. Apa hukuman yang dikenakan kepada berliau, beliau di pulaukan bersama dua orang sahabat yang lain, Dipulau oleh semua sahabat-sahabat yang lain sehinggakan isteri beliau di perintahkah mengasingkan tempat tidurnya. Kenapa hukuman sebegini di kenakan kepada Kaab bin Malik? Kaab bukan tak pergi perang sebab dia nak berkerja untuk Islam 'sekadar yang dia mampu' tetapi dia cuma terlewat untuk berkumpul untuk bertolak ke tabuk. Ketika beliau sampai tentera Islam sudah pun bertolak. Beratnya ujian yang dihadapi oleh sahabat ini sehinggakan beliau menerima surat dari raja parsi yang menawarkan ganjaran kepada beliau untuk menjadi 'spy' kepada parsi. Apa Kaab buat, beliau koyak surat itu dan berkata, "cukuplah bagiku fitnah ini". Kaab bersama 2 lagi sahabat terus bertaubat sehingga turun ayat dalam surah At-Taubah yang menyatakan taubat mereka di terima Allah. Selepas para sahabat mendengar ayat ini dari Rasulullah, semua sahabat berlari-lari sambil bercucuran air mata mencari Kaab bin Malik.

Hebat! para sahabat berjuang bersama Islam..hebat para sahabat megejar redha dan syurga Allah. Sahabat dan Nabi Muhammad perang, berhijrah yang jaraknya beratus-ratus batu, dipulau, dipukul sampai berdarah. Saya tak rasa para sahabat sanggup menghadapi semua itu kalau mereka berjuang sekadar yang mereka mampu. Dalam hebat-hebat itu pun hanya 10 sahabat sahaja yang dijanjikan syurga dan Kaab bin Malik bukan diantaranya. 
Nah! apa lagi alasan untuk kita mengatakan berkerjalah untuk agama 'sekadar yang kita mampu'.

Ada pun orang-orang yang futur dalam perjuangan agama bukanlah disebabkan kuatnya mereka bekerja sebelum ini dan akhirnya futur kerana letih bekerja. Tetapi berlakunya nya futur itu kerena keyankinan dan keimanan yang kurang semasa mereka berjuang. Kurang jelas kenapa perlunya bekerja keras untuk agama, kurang jelas kenapa perlu berdakwah untuk membaiki ummat yang tengah tenat ni dan akhirnya tersunggul kerana berpusing ditempat yang sama. Langkah harus ke sepan! Tepuk dada tanya iman!

Adalah entri ini lebih lagi nasihat untuk diri sendiri. sama-sama kita mengambil pengajaran, Ilmu bukan banyak, cuma menulis atas apa yang ada pada diri ini. kalau ada salah dan silap dalam penulisan harap dapat di tegur. Sama-samalah kita nasihat menasihati, tepuk dada tanya iman...

wassalam...

Thursday 16 June 2011

Exam: Misi mengejar segulung Ijazah atau Misi membawa Risalah

Assalamualaikum...

Fuh!! tiup sikit blog yang berabuk nih...maklumlah..sebulan skali update..:)

Lagi-lagi bila dah tiba time exam seoson ni..lagi lah takde masa untuk meng'blog'..tapi saya cuba untuk meluangkan sedikit masa untuk menulis apa yang terlintas difikiran khususnya untuk kami (warga uni adelaide da UNISA) yg akan menghadapi exam tak lama lagi dan pembaca-pembaca yang lain (cewah mcm ramai jer baca blog ni...:D)..

Sedikit perkongsian..mungkin untuk meredakan gundah yang ada dihati untuk menghadapi exam ni..

Sudah menjadi kebiasaan bagi kami warga pelajar ni untuk ber'exam' dari tadika hingga lah ke peringkat ijazah...exam jer kerjanya, boleh dikatakan berpuluh kali dah exam test dan sbagainya..takut, nervous, tak cukup prepare dan semua perasaan perasaan yang lain tu memang sudah biasa dah....but yet kita still rasa pada hari ini. Masih rasa takut,cuak, rasa nak nangis sbb banyak lagi kene baca (bukan saya) dan sebagainya....kanapa yer?

kadang-kadang kesibukkan kita buat preparation untuk exam ni menyebabkan kita lupa sesuatu...lupa pada something yang memang ada pada kita sejak mana kita Islam. Beberapa minggu yang lalu saya bersama 'keluarga'  saya disini sempat berkongsi satu hadith. Satu pesanan dari Rasulullah untuk kita pada hari ini, bukan pesanan untuk menghadapi exam jer, tapi untuk menghadapi hidup ini menuju kejayaan hakiki di akhirat sana.

Dari Abu Al ‘Abbas, ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu anhu, ia berkata : Pada suatu hari saya pernah berada di belakang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda : "Wahai anak muda, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat : Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjaga kamu. Jagalah Allah, niscaya kamu akan mendapati Dia di hadapanmu. Jika kamu minta, mintalah kepada Allah. Jika kamu minta tolong, mintalah tolong juga kepada Allah. Ketahuilah, sekiranya semua umat berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu keuntungan, maka hal itu tidak akan kamu peroleh selain dari apa yang sudah Allah tetapkan untuk dirimu. Sekiranya mereka pun berkumpul untuk melakukan sesuatu yang membahayakan kamu, niscaya tidak akan membahayakan kamu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu. Segenap pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering." (HR. Tirmidzi)


Hadith ini semamangnya mengetuk jiwa-jiwa yang tidur, jiwa-jiwa yang takut, jiwa-jiwa yang gundah, jiwa-jiwa yang risau akan nasibnya. Hadith ini tidak mungkin difahami oleh seseorang yang tidak menpunyai akidah. Akidah yang menyatakan Allah itu satu, Allah itu Tuhanku, Allah itu Maha Kuasa, Maha Perkasa dan Allah lah sebaik-baik tempat menyerahkan segala urusan. 

Di takdirkan Allah pada ketika itu, pada saat itu Rasulullah menyampaikan kalimat ini kepada Ibnu Abbas yang mana ketika itu Ibnu Abbas masih kecil..masih kecil untuk mendengar semua itu dan sebagai sahabat yang mempunyai akidah yang sudah mantap yang tidak perlu digagitahu tentang itu..but yet Rasullah sampaikan juga kepada Ibnu Abbas supaya Ibnu Abbas boleh sampaikan kepada orang seterusnya, dan seterusnya dan akhirnya sampai kepada kita hari ini.

Apa yang Allah nak ajar kita sebenarnya...?

Rasullullah kata jagalah Allah, nescaya Allah akan menjaga kamu...jaga bukan setakat jaga diri kita jer nih..
Allah jaga kita, Allah jaga keluarga kita, Allah jaga anak-anak kita, Allah jaga pelajaran kita..Allah jaga kita nak pi masuk exam..semua Allah jaga..janji kita jaga hak-hak Allah..Allah jaga kita..itu janji Allah..!

Rasulullah kata lagi..

"Ketahuilah, sekiranya semua umat berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu keuntungan, maka hal itu tidak akan kamu peroleh selain dari apa yang sudah Allah tetapkan untuk dirimu. Sekiranya mereka pun berkumpul untuk melakukan sesuatu yang membahayakan kamu, niscaya tidak akan membahayakan kamu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu. Segenap pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering."

Apa yang patut difahami disini dalam kontak kita nak exam ni adalah jangan risau, jangan gundah, jangan takut..segala-galanya sudah tertulis untuk kita, "pena  sudah diangkat, lembaran sudah kering".

Tapi jangan kita lupa yang hidup ini berjalan atas sunnahtullah..siapa yang gigih atas ketentuan Allah dia berjaya. Siapa malas hasilnya sebaliknya. Kita juga tak tahu apa yang tertulis untuk kita, sebab tu kita kene usaha. Dan usaha tidak menentukan natijah. Hasil usaha kita kalau kita paham tidak mengikut logik akal manuasia. Perang Badar 300 tentera muslim lawan 1000 tentera musyrik. Ikut akal manusia tentera muslim should be kalah, tapi atas kuasa Allah tentera Islam menang. Rasulullah pun berdoa dengan mengangkat tangan tinggi ke langit ketika perang Badar. Basah janggut baginda berdoa memohon bantuan Allah. So apatah lagi.kita ni yang bukan maksum pun, banyak dosa dan sebagainya.



orang putih melangkah masuk exam dengan kenyakinan dia dah usaha sunguh-sungguh, dan usaha dia itulah yang akan meyebabkan dia berjaya. kita jugak melangkah masuk exam dengan dah usaha yang bersungguh-sungguh,tapi kita kena yakin bukan usaha kita yang bagi kita kejayaan, tapi kita yakin disana ada Allah yang menyusun yang terbaik untuk kita.

Lihatlah exam ni sebagai satu alat untuk kita mendekatkan diri pada Allah...satu wasilah untuk kita mencapai misi kita sebagai ummat Islam. Misi untuk membawa risalah Islam ini tertenggak di muka bumi..bukan exam untuk HD and then dapat jadi engineer, dokter or lawyer semata-mata.
kenapa kena cemerlang, sebab Allah suka orang cemerlang
kenapa kene berjaya, sebab kita Islam dan dengan berjaya kita dapat mengejar redha Allah..

Kalau orang di Palestin menangis, takut, terketar-ketar sebab nak mempertahankan maruah agama, kita di sini pun harus mempunyai misi yang sama. Medan dieorang berperang, baling batu dan sebagainya...medan kita disini hanya berexam. Tapi bukan sekadar exam, tapi exam untuk Allah, untuk agama agar suatu hari nanti kita berjaya dan menyumbang lebih banyak tenaga dan keringat untuk Islam..InsyaAllah...

So, selamat berexam semua, all the best, jangan takut, jangan nervous, Allah ada. melangkahlah ke dewan exam bersama-sama dengan Allah. 


p/s: pesanan lebih lagi untuk diri sendiri..

wassalam..





Sunday 22 May 2011

Letter from Marry (1)

Assalamualaikum...

Sudah lama rasanya tidak meng'update' blog...sudah bersawang agaknya..bukan malas tapi cuma tiada kesempatan untuk menulis (alasan jer kot..atau takde idea!)...tapi InsyaAllah..misi untuk membawa manusia kepada syurga dan redha Ilahi takkan dilupakan...

Untuk entry kali ini....InsyaAllah saya akan datangkan dalam beberapa siri (mungkin 2 atau 3). Entry yang mengisarkan serba sikit pengalaman di bumi kangaroo ini untuk dikongsi bersama pembaca yang sudi singgah di blog ini. Pengalaman yang sedikit, tapi mungkin banyak ibrah (pengajaran) yang boleh di ambil jika dipikir, diolah dan dilihat dari kacamata yang sepatutnya..Teringat saya kata-kata seseorang yang menjadi salah seorang asbab atau menjadi titik tolak untuk saya berubah, dia berkata "life is about perspective". Satu kata-kata yang jika kita pikir dan paham serta lihat...tersangatlah betul...ada satu kisah (mungkin ramai orang yang pernah dengar):

Seseorang (kita bagi nama Siti lah) bangun setiap pagi dan melihat ke luar tingkap. Ada seorang makcik disebelah rumah sedang menjemur kain dan kain yang dijemur itu dilihat oleh siti adalah kain yang kotor. Perkara ini berlaku setiap hari dan menyebabkan siti sangat hairan. Mak cik ni basuh kain tiap-tiap hari, tapi tiap-tiap hari kain yahng dijemur adalah kain kotor. Sehinggalah suatu pagi, siti bangun dari ditidur dan melihat mak cik yang menjemur kain itu. Tapi apa yang dilihat siti pada hari itu lain dari hari-hari sebelumnya, kain yang dijemur mak cik itu dalah kain bersih. Akibat kehairanan, siti pergi jumpa makcik itu dan bertanya tentang kehairananmnya tentang peristiwa itu. Mak cik itu tersenyum dan dengan selamba berkata.." Mak cik bersihkan tingkap siti pagi tadi"...





So apa yang saya ingin ceritakan dalam entry kali ini bukanlah mengenai hal ini, tapi dari kata-kata seseorang dan dengan cerita di atas, pahamlah kita bahawa banyak perkara yang terjadi dalam dunia ini, tapi bagaimana kita melihat sesuatu benda itu berbeza mengikut sudut pandagan yang kita ambil. Apa yang lagi penting sudut pandangan yang di ambil mesti lah betul....dan jika orang lihat sesuatu itu dari sudut yang berbeza hormatilah..

Jadi, cukup lah sedikit mukaddimah, untuk entry yang bertajuk letter from marry ini. Saya akan menyambung kisah ini dalam entry-entry seterusnya (InsyaAllah jika diberi kesempatan)...sebelum itu ingin saya memberi sedikit overview tentang kisah yang saya ingin kongsikan..kisah yang saya ingin kongsi adalah tentang pertemuan saya dengan seseorang yang bernama Marrie Maxwelll (bukan ejaan yang betul atas sebab-sebab tertentu).

Jadi untuk kisah selanjutnya, tunggu entry-entry seterusnya..:)

Monday 2 May 2011

Alhamdulillah...ayat pertama yang keluar dari mulut manusia pertama yang dicipta iaitu Nabi Adam a.s

adakah peristiwa ini satu kebetulan? atau ada sesuatu sebaliknya yang perlu kita belik dan teliti akan maksud terisratnya. Tak lain tak bukan Allah yang Maha Pengasih itu ingin mengajar erti syukur pada hambaNya.

Apa itu syukur?

Adakah syukur itu cukup hanya mengucapkan terima kasih seperti mana kita sesama manusia berterima kasih, Atau syukur dengan hanya mengucapkan Alhamdulillah di bibir.,,adakah itu rasa syukur yang patut kita ada kepad-Nya.

Ingatlah sahabat..begitu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, dari hujung rambut ke hujung kaki, dari kita lahir ke hari ini, dari timur ke barat, dari selatan ke utara, itu semua adalah nikmat dari Sang Pencipta. Malah, para sahabat, syukur itu juga satu nikmat kurnian-Nya.

Nabi Muhammad s.a.w bersolat malam sampai bengkak-benkak kaki baginda. Lalu baginda ditanya oleh isteri baginda mengapa baginda solat sampai begitu sekali sedangkan baginda adalah maksum. Lalu baginda menjawab "salahkah aku menjadi hanba yang bersyukur".

Pahamlah kita dari kisah ini bahawa erti syukur yang sepatutnya kita paham. Begitu banyak nikmat yang dikurniakan oleh Allah...kalaulah air laut di dunia ini dijadikan dakwat untuk menulis nikmat Allah, nescaya tidak cukup untuk kita menulisnya.

Senang itu nikmat, susah itu nikmat. Kadang-kadang Allah bagi kita susah untuk kita ingat pada-Nya. Tidakkah mengingati Allah itu satu nikmat yang besar. Berapa ramai orang yang senang, tapi lupa akan Pemberinya. Berapa ramai orang yang kaya yang lupa Penciptanya. Kadang-kadang orang yang ada kaki takkan ingat nikmat kaki yang die ada sehinggalah die sakit kaki. Orang yang sakit kaki pula takkan berhenti mengeluh akan kakinya yang sakit sehingga die jumpa orang yang hilang kakinya. Orang yang takde kaki sebelah pula takkan berhenti mengeluh sehingga die jumpa orang yang takde kedua-dua kakinya.

Allah bagi panas masa summer, baru kita tahu nilai nikmatnya sejuk masa winter. Allah bagi sejuk masa winter, baru kita tahu nilai nikmatnya panas masa summer. Allah bagi kita sakit, baru kita tahu nilai nikmatnya sihat. Allah bagi kita sibuk, baru kita tahu nilai nikmatnya waktu lapang. Begitulah Allah susun hidup ini untuk kita ingat kepada-Nya.


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.”
(H.R. Bukhari)




Oleh itu, susah ke, senang ke, walau apa pun keadaan kita berada, sentiasa lah bersyukur....

Firman Allah SWT yang maksudnya: ”Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Surah Ibrahim : Ayat 7).


Pesanan untuk diri sendiri dan orang lain..lebih lagi untuk diri sendiri..:)

Thursday 14 April 2011

Kerana Sayangkan Agama

Melihat realiti dunia hari ini menyebabkan aku berfikir, masihkah ada rasa sayang kita pada agama ini?

Teringat kisah ketika saat-saat akhir saidina Umar Al-khattab. Ketika itu, beliau sedang menunaikan solat subuh secara berjemaah lalu saidina Umar ditikam sehingga beliau jatuh pengsan. Selepas suatu ketika saidina Umar kembali sedar, dalam keadaan sakit beliau berkata

"sudahkah ummat Islam telah menunaikan solat subuh..." dan
"adakah orang yang menikam aku tadi dari kalangan orang Islam?"

Seorang khalifah yang sayangkan agama. Bimbangnya saidina Umar akan perihal ummat sehingga lupa tentang sakit yang ditanggung. Risaunya beliau kalau-kalau ada ummat Islam ketika itu yang sudah pun menjadi pengkhianat sehingga sanggup menikam beliau. Kerana sayangkan agama...lupa cerita sakit...kerana sayangkan ummat... lupa tetang diri sendiri.


Lihat lah wanita-wanita muslim di Perancis...
Siapa yang mampu membela..
Siapa yang mampu untuk bangkit menegak hak ummat Islam pada hari ini...

Jika masih ada Khlaifah, bukan setakat menyuarakan pendapat di PBB, atau membuat demostrasi jalanan...
Satu bala tentera akan di hantar demi mempertahankan ummat Islam. Walaupun seorang...

Lihatlah pemimpin yang ada sekarang..
Banyak bangunan yang tegak berdiri di negara masing-masing...
Tegaknya bagunan tanpa tegaknya Agama..
Masing-masing bangga dengan kemajuan
Kemajuan yang hanya dilihat dari padangan dunia
"Ya negara aku maju kerana ada bangunan tertinggi didunia"
"Ya negara aku maju kerana negara aku punyai bangunan cantik"
"Ya negara aku hebat kerana negaraku punyai minyak"
Maruah agama satu per satu dirobek, tanpa dihirau
Identiti bangsa dan jati diri Islam semakin pudar!

Tanyalah pada diri sendiri, masihkah ada kasih dan cinta kita pada agama ini?
Ayuh kita bangkit!
Mulalah dengan diri..lengkapkan diri untuk satu visi dan misi yang besar
Hidup biar beragenda!
Kuatnya agama itu tertegak kerana kuatnya sesuatu bangsa itu kerana Islam



"Melayu Sepakat, Islam Berdaulat"

Sunday 27 March 2011

Manisnya Ukhuwwah itu

Adoi....bising satu rumah malam nih...kalau orang kelantan kate 'gegey so rumoh'. Bermula dari spekulasi2 yang di buat ttg seseorg mengenai t*****. Macam-macam betul budak2 nih.. Housemate yg dulunya 5 kini 6, memeriahkan lagi rumah 'Day' ni.

Tengah dok bergelak-gelak tu ade jugak terpikir, semua ni takkan belaku kalau tiadanya ukuwwah. Mungkin masa kita sekolah menengah, atau masa darjah enam dulu tak pernah pun kita terpikir suatu hari kita akan bertemu. Di takdirkan Allah terjalin ukhuwwah ini di sini. Mungkin masa sekolah asrama dulu jumpa kat mana2 pun tak kenal. Sama-sama duduk Kelantan pun tak kenal. Ya Allah indahnya ketentuan mu. Pernahkah kita pikir kenapa kita ditemukan wahai housemate semua? di temukan dalam satu perjuangan yang sama, akidah dan agama yang sama.


untuk semua housemate tercinta. Moga kita pertemuan yg di tentukan ini mambawa kita ke syurga...senyum!!

Friday 18 March 2011

Kita Lupa

Kita lupa,
Memang manusia lupa,
Kita lupa nikmat Allah,
Sebab itu kita asyik mengeluh,
Kita lupa Rasulullah,
Sebab itu kita lupa sunnah,
Kita lupa kita ada ibu bapa,
Sebab itu kita jadi anak derhaka,
Kita lupa kita ada akhirat,
sebab itu kita kejarkan dunia,
Kita lupa kita ada hari pembalasan,
Sebab itu kita tak kisah dosa pahala,
Kita lupa betapa nikamtnya Syurga,
Sebab itu kita tak takutkan neraka,
Kita lupa adanya Yang Maha Kuasa di atas,
Sebab itu kita  gila kuasa yang di bawah.
Kita lupa Mati,
Sebab itu kita kerja tak berhenti,
Kita lupa Islam dan Ummat,
Sebab itu kita di laknat
Kita lupa Al- Quran,
Sebab itu hidup kita tak berhaluan,
Kita lupa kita ada Pencipta,
Sebab itu kita lupa Agama
 

Friday 11 March 2011

Erti sebuah perpisahan

Assalamualaikum...

untuk entri yg kedua ini, saya dedikasikan istimewa untuk sahabat yang bakal pulang ke tanah air.

Ukhuwwah yg bermula sejak 2 tahun dahulu telah banyak mengajar diri ini erti kehidupan dan erti sebuah perjuangan. Diri yang kosong kini berisi. Moga ukhuwwah ini membawa kita kepada kasih Rabb yang Maha Penyayang.


Rasa berat dan sebak hati ini untuk berpisah. Namun, setiap yang bertemu pasti akan berpisah.

Pesanan yang mampu diberi hanyalah moga terus tsabat dan istiqomah di jalan ini. Moga berjumpa lagi dilain masa. Perjalanan masih panjang, moga kita bertemu di mana-mana dalam perjalanan ini. Perjuangan masih sama, cuma medan yg berbeza. Moga kita tergolong dalam golongan yang bertemu dan berpisahnya kerana Allah. Enough said, terimalah sebuah video pendek ( buat guna ipod jer..:))



ukhuwwah fillah

sekian


Thursday 10 March 2011

Suatu Permulaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang....

Alhamdullilah...dengan takdir Allah

Akhirnya telah tergerak hati dan fizikal ini untuk mehangsilkan blog.Walaupun setelah sekian lama hati ini terasa ingin menulis tapi tak tertulis-tulis sampai la kehari ini. Kenapa tarikh ni?diri sendiri pun tak tahu kenapa, sebab takde ape yang special pun dengan tarikh hari ni. Tetapi terasa adanya keperluan untuk diri menulis blog untuk merungkai segala yang selama ini hanya terlekat dalam kepala dan hanya bisikan-bisikan suara yang terucap di dalam hati.

aku ingin syurga...

Satu perkataan yang sangat mudah untuk diungkapkan tapi hakikatnya ramai manusia yg lupa ungkapan itu dan akhirnya hanyut dengan keseronokan dunia. Tanyalah sesiapa sahaja di dunia ini, mesti jawapannya sama,iaitu aku ingin ke syurga. Oleh itu, tujuan utama wujudnya blog ini adalah untuk mengingakan kembali akan ungkapan itu agar manusia mempunyai agenda yang jelas dalam menjalani perjalanan hidup. Perjalanan hidup yang pengakhirannya hanyalah syurga stau pun neraka. Bukannya engineer atau architech, docter aku lawyer, kaya atau miskin dan sebagainya lagi. Cukuplah untuk entri pertama ini. Cuma pesanan untuk semua sahabat, syurga itu mahal harganya dan jalan menujunya tidak mudah. Usah tersungkul di tengah jalan.

" Syurga itu tidak pernah dihias seperti mana ia dihias sebelum ini, namun tiada siapa pun merindui nya"

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)"