Friday, 23 December 2011

Dulu Lain, Sekarang Lain

Assalamualaikum...semoga kita sentiasa dibawah limpahan rahmat Allah s.w.t

Tanggal 16 December 2011 yang lalu, secara rasminya tinggal saya sorang lagi yang masih bujang dalam keluarga.. Kakak yang paling last yang saya ada dalam family sudah pun mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan hati. Masih belum terlambat saya rasa untuk mengucapkan selamat pengantin baru. Barakallahu lakuma wabarakah, alaikuma waljamaah bainakuma fi khair..moga berbahagia dan diberkati di atas hubungan yang terjalin. Tak lupa juga pada rakan-rakan yang lain yang bakal berkahwin atau baru saja selesai akad nikah.

Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menghulurkan tangan membantu apa yang mampu untuk menjayakan majlis perkahwinan kakak saya. Risau jugak dulu kalau majlis ini dibuat semasa saya di Australia, sebab memandangkan keadaan mak yang meningkat usia. Nak handle majlis ni bukan senang, memerlukan banyak tenaga, di tambah pulak mak memang tak suka ambik catering, lebih suka masak sendiri baru puas hati kata nya. 

Termasuk majlis perkahwinan kakak ni, dah kira 5 majlis perkahwinan dah yang pernah di buat oleh keluarga saya. Maklumlah anak last..hari tu masa dok sibuk-sibuk merewang, potong daging, sayur, beli barang dan sebagainya...tiba terlintas dalam fikiran saya tentang satu pekara. Dulu masa majlis 3 adik beradik yang awal saya masih budak-budak...lagi.kalau masa merewang tu, berlari sana..berlari sini..curi2 ambik ayam goreng..tengok orang potong sayur, masak gulai,basuh kuali,kena kejar dengan makcik sbb curi2 ambik ayam goreng, orang suruh ambik kaki ayam jer diambik nya isi. Bila diingat kelakar pulak rasa. Tapi sekararng semuanya dah berubah.

Dulu kalau abang yang pergi ambik daging lembu, sekarang saya pulak yang kena ambik. Dulu kalau pak cik-pak cik jer yang potong daging, sekarang saya ada sekali. Dulu kalau Kak Yah (jiran) yang goreng ayam, sekarang saya pulak yang goreng. Dulu kalau pak cik yang top up kan lauk dalam tray makanan, sekarang saya yang tolong top up kan. Kalau dulu mak sorang jer basuh periuk belanga, sekarang saya pulak yang tolong basuhkan.Kalau dulu mak sorang jer yang coordinate semua benda, sekarang pendapat saya diambil kira.

Pelamin untuk singgahan sebentar pengantin semasa majlis

Hakikatnya suasa berubah, keadaan berubah, tanggungjawab berubah. Makin bertambah usia semakin bertambah tanggungjawab. Cara pikir harus berubah dari 10 tahun yang lalu. Kalau dulu tanggungjawab-tanggungjawab ini di pikul oleh abang dan kakak saya, kini ia terletak pula dibahu saya pulak.

Begitulah juga saya dan belia yang lain sebagai generasi muda Islam hari ini.. Masa dah berubah, kalau dulu generasi muda yang ada hari ini adalah anak-anak kecil  yang hanya pandai bermain. Memerhati apa yang berlaku sahaja. Tidak mengambil berat tentang apa yang berlaku di sekelilingya, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. hanya hidup di dunia mereka sendiri. Tapi hari ini, anak-anak kecil tadi lah para belia. Para pemuda yang menjadi harapan untuk menyelamatkan umat yang sedang tenat ini.Ini realiti yang saya perlu hadapi! apa yang saya terlintas ketika itu adalah bukan masanya lagi untuk saya bermain-main. Risalah yang hebat ini memerlukan orang yang hebat untuk memikulnya. Usah terperangkap dengan agenda musuh. hanyut dengan dunia. Tanggungjwab saya makin besar. Bukan hanya pada family, malah masyarakat, negara. Tak perlu lah lagi saya bazirkan keringat memerah otak untuk memikirkan tentang perkara yang remeh-temeh kerana di depan sana ada matlamat yang jauh lebih besar yang saya perlu pikirkan untuk saya capai.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… "(Surah At-Taubah : 111)


"Aku telah hidup di bawah bayangan Al Quran dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita2 penduduk2 dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja2 jahiliyah itu berbangga2 dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita2 kanak2 sama spt pandangan seorang tua kepada mainan kanak2, percubaan kanak2 dan keteloran lidah kanak2. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang?"(Muqaddimah Fi Zilal, Syed Qtub)

Ya Syabbab! usah lagi bazirkan masa dengan gejala sosial. bazirkan masa untuk berfoya-foya. habiskan masa dengan melepak, merempit, dadah dan sebagainya. Marilah kita sama-sama habiskan masa kita untuk membina jati diri Islam. Memikirkan tentang agenda kehidupan. Merencana kehidupan ini sebaik-naiknya agar keberadaan kita disini memberi makna. Menyediakan diri kita ini sebaiknya untuk meghadapi segala rintangan dan cabaran yang ada untuk menegakkan risalah Islam ini kembali.

"MEMBANGUNKAN UMAT BERAGENDA"