Thursday 22 December 2011

Hidup Biar Beragenda

Assalamualaikum...

Sudah hapir sebulan di Malaysia sejak pulang dari Australia untuk cuti summer. Banyak perkara berlaku. Teringat masa mula-mula sampai dulu. Di sambut oleh ahli keluarga. Hampir semua menunggu di pintu ketibaan di Lampangan Terbang Sultan Mahmud. Sebaik saja keluar dari balai ketibaan, Pak Su..!! jerit anak-anak buah, berlari mendapatkan saya. Rindu agaknya sabab lama tak jumpa. Lenguh nak melayan sorang-sorang..maklumlah dah 14 orang dah anak saudara. Pantang duduk je,semua serbu, sorang atas peha kanan, sorang atas peha kiri, sorang panjat belakang, sorang dok berkepit kat tangan kanan, sorang dok berkepit belah kiri...pastu mula la bukak cerita..cerita tu la, cerita ni la....pernah sekali dok sembang2 dengan sorang anak sedara ni, nama dia nur iman..baru darjah 2.

saya "Periksa dapat no brapa hari tu iman?"
iman "no 8.."
saya "no 8?? bila nak dapat no 1 nye"
iman"tak tahu? hehe.."
 Kakak saya pun menyampuk (mak kepada iman)
kakak "ho, dapat no 8, lepas tu kena buang ketua kelas"
saya "hah? keno buang? dok macho r iman...dulu kata iman hebat"
iman"biar la!.."
saya "mane boleh mcm tu, kena belajar rajin-rajin, lepas tu boleh belajar kat Australia mcm paksu. Kena jadi budok baik..dengar kata ummi...dengar kata ayah..."
iman "Biar ler...(sambil buat muka annnoying)..dapat apa kalau dengar kata ummi, dapat apa kalau jadi budak baik..ha".
saya "dapat pahala la...iman tahu pahala dgn dosa kan..kalau dengar ckp ummi dapat pahala...kalau degil dapat dosa.."
dia terdiam, dan wajahnya berubah...macam tengah berfikir...seseolah seperti pertama kali ada orang yang berbicara dengan nya tentang pahala dan dosa..biasanya dia akan 'menjawab'
selepas beberapa ketika, dia hanya membalas dengan senyuman.


Peristiwa ini menyebabkan saya terfikir...secara umumnya,seriuskan kita dalam mendidik? adakah kita mempunyai agenda dalam merencana kehidupan? ataupun kita hanya ingin membesarkan anak-anak seperti biasa..mengikut arus perdana tanpa mempunyai perancangan yang rapi....tidak kira lah anak sendiri ataupun dalam kes ini anak saudara. Melihat kejayaan anak-anak apabila mereka dapat masuk ke university dan kemudian mendapat pekerjayaan yang bagus..menjadi lawyer, dokter, jurutera, dan sebagainya. 

Apa yang saya ingin ketengahkan disini bukanlah cerita ini.tapi tentang sesuatu perkara yang dipanggil agenda. kita haruslah mempunyai agenda dalam hidup. Agenda yang mana boleh membentuk kehidupan kita...mempengaruhi setiap keputusan yang diambil..memberi kesan kepada setiap perancangan yang dibuat..mengubah cara kehidupan seharian. Seperti situasi yang saya ceritakan, mungkin Iman sudah pun belajar tentang pahala dan dosa secara teorinya..tapi jika diasuh dalam bentuk praktikal dan agenda yang jelas ,ianya akan memberi kesan yang lebih mendalam. Seperti didalam kisah ini, bila Iman di beritahu tetang balasan pahala dan dosa dalam keadaan dia sendiri mencari apa yang Iman dapat apabila menjadi budak baik. Ini menyebabkan dia berfikir, dan bukannya buat sesuatu kerana dimarahi oleh ibu dan sebab yang lain.Mungkin ini boleh menyebabkan dia lebih memahami konsep pahala dan dosa. Membuat keputusan bukan lagi diatas dasara kena marah atau tak kena marah tetapi atas dasar pahala dan dosa. Mungkin Iman hanya berusia 8 tahun, tetapi dengan didikan seperti ini, kita akan membentuk satu cara fikir untuk Iman membuat sesuatu jeputusan..Dan ini boleh dijadikan contoh dalam kita merencana agenda untuk menjadikan anak-anak yang soleh. megenal erti pahala dan dosa.

Bayangkan agenda seperti ini tiada dalam benak pemikiran kita?Mungkin kita nak anak-anak menjadi baik, mendengar kata tapi bila anak-anak degil, buat salah mereka ditengking, di rotan dan sebagainya. Tanpa membentuk mereka dengan ajaran yag betul, anak-anak mungkin akan dengar kata sekali dua, tapi selepas tiap-tiap hari ditengking..mungkin mereka sudah bosan dan ini akan akan memberi kesan dalam pembesaran mereka. Salah satu contoh yang ketara yang saya lihat dari pengamatan saya ialah ibu bapa sentiasa menyuruh anak-anak solat, tapi ibu bapa sendiri masih tidak solat.

Ini salah satu contoh bagaimana agenda itu dapat merencana kehidupan kita. Saya mungkin tidak ada anak lagi..tapi saya menulis atas pengamatan saya sendiri. Ini mungkin berlaku dalam keluarga saya, tetapi saya percaya perkara yang sama banyak berlaku dalam masyarakat. Jadi ayuh, rencanakan agenda dalam kehidupan anda.

"MEMBANGUN UMMAT BERAGENDA"










 











No comments:

Post a Comment