Monday 2 May 2011

Alhamdulillah...ayat pertama yang keluar dari mulut manusia pertama yang dicipta iaitu Nabi Adam a.s

adakah peristiwa ini satu kebetulan? atau ada sesuatu sebaliknya yang perlu kita belik dan teliti akan maksud terisratnya. Tak lain tak bukan Allah yang Maha Pengasih itu ingin mengajar erti syukur pada hambaNya.

Apa itu syukur?

Adakah syukur itu cukup hanya mengucapkan terima kasih seperti mana kita sesama manusia berterima kasih, Atau syukur dengan hanya mengucapkan Alhamdulillah di bibir.,,adakah itu rasa syukur yang patut kita ada kepad-Nya.

Ingatlah sahabat..begitu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, dari hujung rambut ke hujung kaki, dari kita lahir ke hari ini, dari timur ke barat, dari selatan ke utara, itu semua adalah nikmat dari Sang Pencipta. Malah, para sahabat, syukur itu juga satu nikmat kurnian-Nya.

Nabi Muhammad s.a.w bersolat malam sampai bengkak-benkak kaki baginda. Lalu baginda ditanya oleh isteri baginda mengapa baginda solat sampai begitu sekali sedangkan baginda adalah maksum. Lalu baginda menjawab "salahkah aku menjadi hanba yang bersyukur".

Pahamlah kita dari kisah ini bahawa erti syukur yang sepatutnya kita paham. Begitu banyak nikmat yang dikurniakan oleh Allah...kalaulah air laut di dunia ini dijadikan dakwat untuk menulis nikmat Allah, nescaya tidak cukup untuk kita menulisnya.

Senang itu nikmat, susah itu nikmat. Kadang-kadang Allah bagi kita susah untuk kita ingat pada-Nya. Tidakkah mengingati Allah itu satu nikmat yang besar. Berapa ramai orang yang senang, tapi lupa akan Pemberinya. Berapa ramai orang yang kaya yang lupa Penciptanya. Kadang-kadang orang yang ada kaki takkan ingat nikmat kaki yang die ada sehinggalah die sakit kaki. Orang yang sakit kaki pula takkan berhenti mengeluh akan kakinya yang sakit sehingga die jumpa orang yang hilang kakinya. Orang yang takde kaki sebelah pula takkan berhenti mengeluh sehingga die jumpa orang yang takde kedua-dua kakinya.

Allah bagi panas masa summer, baru kita tahu nilai nikmatnya sejuk masa winter. Allah bagi sejuk masa winter, baru kita tahu nilai nikmatnya panas masa summer. Allah bagi kita sakit, baru kita tahu nilai nikmatnya sihat. Allah bagi kita sibuk, baru kita tahu nilai nikmatnya waktu lapang. Begitulah Allah susun hidup ini untuk kita ingat kepada-Nya.


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.”
(H.R. Bukhari)




Oleh itu, susah ke, senang ke, walau apa pun keadaan kita berada, sentiasa lah bersyukur....

Firman Allah SWT yang maksudnya: ”Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Surah Ibrahim : Ayat 7).


Pesanan untuk diri sendiri dan orang lain..lebih lagi untuk diri sendiri..:)

3 comments: